:
PENGENALAN
Share:


Maahad Tahfiz Al Quran Misbahul Falah MISFA merupakan sebuah institusi untuk pelajar lelaki dan perempuan yang unik pendekatannya MISFA menawarkan peluang kepada ibubapa yang berhasrat menjadikan anak mereka insan kamil yang menghafal dan menguasai Al Quran di samping berperanan dalam masyarakat sebagai ahli professional dalam bidang khusus yang diminati mereka.Kurikulum
MISFA memupuk minda generasi muda berteraskan Islam yang berintegrasi untuk melahirkan generasi insan cemerlang yang seimbang dari segi rohani dan jasmani melalui gabungan pembelajaran tradisional dan moden yang tidak membelakangkan perkembangan pendidikan semasa.

Pelaksana MISFA diterajui sepenuhnya oleh Lembaga Pengelola Sekolah Maahad Tahfiz Al Quran Misbahul Falah MTQ MISFA terdiri daripada kerjasama mantap pakar yang berpengalaman dalam bidang agama,ahli pendidikan dan ilmuan professional melalui satu jalinan integrasi bistari Kelahiran Maahad Tahfiz Al Quran Misbahul Falah merupakan hasil keperihatinan yang peka dan komitmen untuk mengangkat martabat ummah di dalam usaha menangani keperluan pembangunan insan dan kemajuan negara yang berteraskan falsafah pendidikan negara yang berpaksikan Al Quran dan As Sunnah